22/11/2015

[Movie] The Hunger Games : Mockingjay Part II

Akhirnya, penantian dari tahun dan tahun lepas akhirnya berakhir. Berjaya habiskan novel, dan finally berjaya tengok ke semua filemnya juga. Dalam pada kesibukan melanda, sempat jugak mencedok sedikit masa untuk tengok Mockingjay Part 2.

Hari jumaat lepas, merayap sekejap ke cinema yang berdekatan dengan rumah. Even dekat je dengan rumah, tapi lepas office hours tak menyempat nak balik tukar baju tukar kasut dulu. Konon nak nampak workaholic lah siap dengan T-Shirt office lagi pergi tengok movie kan. Ini namanya excited terlebih nak tengok Mockingjay Part 2.


Sinopsis Mockingjay Part II

Realizing the stakes are no longer just for survival, Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) teams up with her closest friends, including Peeta (Josh Hutcherson), Gale (Liam Hemsworth) and Finnick for the ultimate mission. Together, they leave District 13 to liberate the citizens of war-torn Panem and assassinate President Snow, who's obsessed with destroying Katniss. What lies ahead are mortal traps, dangerous enemies and moral choices that will ultimately determine the future of millions
I dah baca dah novel Mockingjay before filem Mockingjay Part 1 and Part 2 released. So basically jalan cerita Iolls dah tahu dulu lah. Tapi tetap nak tengok movie Mockingjay tu jugak. Macam Iolls dengan Harry Porter series dulu. Baca novel, tengok movie. Orang tamak kan, haruslah nak dua dua.


Mockingjay Part 2 ni boleh kata lain sikit lah dari filem The Hunger Games yang terdahulu. Sebab dah masuk part perang kan. Senang kata a bit tense lah compare dengan yang before ni. 


Yang follow kisah Katniss dari awal sampai sudah, sedia maklum yang Katniss dan President Snow memang bermusuhan sejak dari mula lagi. Dan target Katniss dari mula memang hendak menghapuskan President Snow. So dalam final movie ni, agak-agak berjaya tak Katniss bunuh President Snow eh?


Ending movie Mockingjay Part 1, ada ditunjukkan yang Peeta was hijacked semasa menjadi tahanan President Snow di Capitol selepas berakhirnya Quarter Quell dalam movie Catching Fire. Dijadikan senjata oleh President Snow untuk membunuh Katniss, dia tidak dapat membezakan yang mana memorinya yang sebenarnya dan yang mana direka oleh Snow atas tujuan untuk menghapuskan Katniss. Tapi agak agak ending mereka berdua ini bagaimana ye?


Paling I tak suka lah part ini. Mutan dalam sistem pembentungan. Dilepaskan untuk menghalang Katniss dalam misi untuk menghapuskan Snow. Dan lagi tak best, ada beberapa watak yang dimatikan di dalam scene ini. Siapa tu Iolls tak nak bagi spoiler eh. Yang penting adik I cukup frust bila watak yang sorang tu mati. 

Konklusinya, Mockingjay Part 2 bagi I memang lah best. Tapi tak tahu lah kenapa rasa macam kurang sedikit berbanding Mockingjay Part 1. Beyond expectation? Nay. As expected? Hmm, tak berapa lah. Tapi still best jugak lah. Cuma I rasa part klimaks tu, rasa macam "Eh, dah tamat ke perang nya?

Overall The Hunger Games: Mockingjay Part 2 dalam 7.5 / 10. Itu bagi I lah. Komen En. Barney pulak, jalan cerita Mockingjay Part 2 ni agak slow. Slow celah mana lah agaknya tu. 

p/s : Masa baca novel dulu tak boleh nak terima kenyataan yang watak ini mati, watak itu mati. Oh nasib baik I baca novel dulu. Kalau tak mesti jadi macam adik I, "Kenapa dia mati????"

4 comments

11/22/2015 01:55:00 pm

syiok cte ni even yg part 1 tak tgk pun ...huhu

11/22/2015 07:12:00 pm

ala boleh tgok part 1 je, kat kelantan xde cinema kene sadokan hati la jawabnya

11/22/2015 09:15:00 pm

wak tgk hunger games part i kat astro smlm pon x abes ., ;p

11/25/2015 12:00:00 pm

nampak menarik.. tapi belum berpeluang menontonnya lagi..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...