03/11/2015

Wedding Story #10 : Hantaran For Her

Bila nak habis lah cerita kahwin ni. Alah standard lah tu kan, dari perkara sekecil kecil zarah sampai lah yang sebesar gajah semua nak masuk dalam blog jadi entri. 

So makanya Iolls pun sambung lah kisah yang tergendala. Tempoh hari, Iolls dah share berkenaan hantaran untuk pihak lelaki [Hantaran For Him]. Kali ini hantaran untuk pihak perempuan pulak lah. 


Kalau hantaran pihak perempuan yang berona jingga gold dan yang sewaktu dengannya, untuk pihak lelaki warna ungu lah pulak. Biasalah kalau dah namanya lelaki, haruslah mak mak yang gubah hantaran bagai ni kan. Sama lah dengan En. Barney. 

Godek pun godek gambar, selongkar gallery phone rupanya tak ada pulak gambar hantaran dari pihak lelaki yang complete ada semua dulang. Iolls lagi lah tak menyempat nak snap sana sini kan.

So untuk hantaran dari pihak lelaki, mak mertua I memilih rona ungu berkonsepkan floral dan bunga-bungaan. 


Bakul, recycle bakul hantaran majlis pertunangan adik En. Barney tempoh hari. Masih juga dibeli di Kedai SinYin yang terletak di Semua House. 


Tak perlu susah susah nak gubah hantaran. Beli je kotak. Barang barang semua letak dalam kotak aje. Ikat ribbon sini sikit dan sana sikit. Tapi kotak begini I tak sure pulak kat mana En. Barney dan mak mertua beli. Rasanya area Jalan TAR tu jugak lah.


Untuk beg paling simple. Ikat ribbon, letak bunga sekuntum dua. Sebenarnya, beg ni sangat lah besar. Tapi kalau nak beli handbag kecik pun, Iolls bukan nya guna sangat. Handbag besar juga yang dicari. Besar boleh lah muat novel sebijik dua. 


Nak menceriakan lagi bakul hantaran, bunga bungaan tersangat lah perlu. Sebab itu lah yang paling simple. Bunga untuk diletakkan di dalam bakul hantaran dari pihak lelaki ni pun diborong di Kaison, Setapak Sentral. 

Lagi simple begini sebenarnya. Kalau nak dibandingkan dengan hantaran dari pihak perempuan yang I gubah itu lah. I punya lah cucuk jarum sana cucuk jarum sini. Kalau sumbat je masuk kotak kan senang.

Tapi kotak tu biarlah kotak cecantik sikit, jangan lah guna kotak susu dutchlady dari kedai runcit depan rumah pulak ye. Hiks. 

p/s : Tengah fikir ni, lepas ni nak share apa pulak. 

7 comments

11/03/2015 08:22:00 am

hehehehe... teringat pulak time teman buat hantaran utk adik ipar... ingat buat sendiri jimat duit... tengok, lagi mahal buat sendiri... mana tak nya... letak bunga pun dah setimbun.... hahahahaha....

11/03/2015 08:28:00 am

cantiknya gubahan hantaran. nampak exclusive ;)

11/03/2015 02:48:00 pm

Share gambar belakang tabir pulak aa

11/03/2015 03:48:00 pm

share pasal mua ke..catering ke...share pasal pengapit kee..heehe

11/03/2015 04:15:00 pm

cantiknya..berseni sungguh tangan mak nya...

11/06/2015 02:16:00 pm

nape cantik sangat heheheh kakak qila nk kahwin next year nnt qila suruh dia stalk kak aisyah la hihi <3

11/07/2015 07:38:00 pm

cantik gubahan hantaran.. ;)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...