01/11/2015

Wedding Story #9 : Hantaran For Him

Kemalasan nak transfer gambar menyebabkan entri entri sebegini tertangguh. Padahal bukan banyak sangat gambar nak transfer pun. Lagi satu hal, nak pilih gambar. Banyak sangat gambar oi. Ikutkan hati nak letak je semua gambar dalam blog, tak perlu pilih pilih dah tapi mata uolls jugak yang berpinar pinar tengok gambar banyak sangat nanti kan. Ehem.

Alah, alasan je semua tu. Alasan!

By the way, di entri yang lepas Iolls dah share tips inai cantik berseri yang blink blink. Kali ini nak share story tentang hantaran pulak lah. Hantaran untuk Si pengantin lelaki.


Bertemakan tona warna seakan gold, orange and yang sewaktu dengannya. Iye lah, majlis akad nikah Iolls kan tema warna putih gold. So tak nak lari jauh sangat pulak warnanya kan. 


Semuanya I gubah sendiri. Beli barang barang di KL dulu, kemudian packing dalam bagasi bawa terbang balik Miri. Settle kan semua dalam masa seminggu. Terkejar kejar jugak lah menyiapkan 9 dulang hantaran. 

Disebabkan Iolls ada masa seminggu je untuk settle kan part hantaran, so buat yang simple aje lah. Oh sebenarnya tak sampai seminggu pun. 5 hari je sebenarnya. 

Bahan bahan yang I gunakan untuk gubahan hantaran
  1. Polisterin, kain alas hantaran dan ribbon yang I beli di Kedai Sin Yin, Semua House.
  2. Dulang hantaran tu pinjam kakak office punya je so dah jimat di situ. Kalau nak cari, Kedai Sin Yin pun ada jual. 
  3. Bunga bungaan warna putih dan peach. Ini I beli di Kaison, KL Festival City yang kini dikenali sebagai Setapak Sentral.
  4. Jarum peniti, pinjam kejap jarum peniti mak satu bekas. Jarum peniti untuk attached kan kain, ribbon dan polisterin. Tak nak guna gam sebab nanti merosakkan kain. Tak boleh nak recycle untuk kegunaan lain di masa akan datang. Hiks.
  5. Playar. Nak pintal pintal bunga tu lah. Bagi kukuh sikit lekatnya di dulang hantaran.
  6. Dawai. Cari yang tebal dan panjang sikit. Sebab nak ikat dulang tu dengan polisterin. Nanti pintal aje di bahagian bawah polisterin so dulang tu nanti tak adalah nak gerak ke kiri ke kanan pulak. 


Oh ya, letak satu polisterin kecik di atas dulang sebelum lapik dengan kain alas. Tujuan nya untuk meninggikan sedikit barang barang hantaran. 


Susun lah bunga bungaan tersebut mengikut kreativiti sendiri. Barang barang pun tak menyempat nak gubah itu ini dah. Letak atas dulang dan letak ribbon situ sini sikit. Dah settle. Tak perlu pening pening lah. 


Ada kisah di sebalik coklat ni. Asalnya Iolls nak letak coklat toblerone yang paket kecik kecik tu. Satu Miri Iolls pusing tapi satu tempat pun tak ada jual. Even airport or famous amos semua tak ada. Last last ambik lah kitkat and cadbury sepaket setiap satu. 


Cakap kat Mak, nak letak buah buahan yang ada di Sarawak je. Contoh macam buah dabai, buah engkalak dan juga durian ukak. Sebab kebetulan time tu musim buah kan. Tapi Mak cakap, takut En. Barney and family tak makan pulak. Last last letak lah buah buahan yang biasa biasa aje. 


Tak kisah lah simple pun. Asalkan I tengok kemas maka sudah cantik lah itu. Sebab I rasa, habiskan wang yang banyak untuk gubahan hantaran dan juga barang hantaran tu sendiri macam tak berbaloi je. Yang penting hati yang memberi dan hati yang menerima. Beli barang mahal mahal sayang nak pakai tak guna jugak. Gubah hantaran mahal mahal lepas tu buka jugak. Betul tak?

Kadang kadang semua ini nak memuaskan mata yang memandang aje, nak senyapkan mulut yang bercakap.  Urgh, itu lagi lah tak berbaloi. 

p/s : For her, next entri pulak. 

12 comments

11/01/2015 08:58:00 am

Akak pun but sendiri je hantaran..Jim at pun Jim at..malas nak fikir..

11/01/2015 10:54:00 am

CANTIK & KEMAS..:)

11/01/2015 10:58:00 am

:-)) Pandai aa gubah..buat sendiri lagi puas hati kan

11/01/2015 12:32:00 pm

masa bertunang sy pun buat hantaran sendiri..rasa mcm puas hati tgk hasil kerja sendiri..hehe

11/01/2015 01:58:00 pm

Oh yg bawah tu ingatkan kayu

11/01/2015 03:12:00 pm

Simple pun xpe. Puas jer Mata tngok sebab buat sndiri kan..kalo cheery pun nak buat sndri. personal touch for own wedding owg puteh kata hahahah

11/01/2015 04:16:00 pm

meriahnyerr .,

11/02/2015 08:20:00 am

Masa tunang dulu mmg buat sendiri gak. Hehe

11/02/2015 05:38:00 pm

dapat cut cost sikit kan kak.. janji ada. dan tak nampak serabut sangat

11/06/2015 02:20:00 pm

dear kak aisya memandang kan ini wedding story ke 9 dah jgn lupa buat page ok huhuhuhu <3

11/07/2015 07:47:00 pm

nampak ekslusif gubahan hantaran.. ;)

11/09/2015 08:19:00 am

Masalahnye tak tau la rajin tak nak buatnye qila oi. Hehehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...