01/12/2015

Cuti Kahwin Lagi!

Senyap beberapa hari. Tapi yang tak best nya bukan pergi bercuti pun. Iye lah bila dah hujung hujung tahun begini mood kerja pun dah sampai ke penghujung. Refill semangat bila naik tahun baru nanti. 

Oh itu pasal cuti. Selain cuti, benda yang sinonim dengan hujung tahun dan cuti sekolah ialah kenduri kahwin sana dan kenduri kahwin sini. Satu hari sampai empat lima enam kenduri nak kena attend. Betul tak? 

Iolls pulak bukan nak kena attend majlis orang tapi nak uruskan majlis sendiri. Akad nikah and resepsi untuk pihak perempuan alhamdulillah dah selesai bulan september tempoh hari. Yang mana entri untuk majlis tersebut Iolls tak menyempat nak sambung lagi. Kali ini sibuk uruskan majlis di pihak lelaki pulak. 


I tangguhkan dulu story majlis bertandang. Bagi Iolls settle entri tertangguh sebelumnya lagi. Banyak betul hutang entri lah. Tak menyempat aje. Sobs. 


Teaser

Bagi teaser dulu. Cerita penuh perlu tunggu lagi dua tiga bulan kemudian mungkin? Alhamdulillah puas hati jugak lah. Cuma biasa lah ada flaw sikit here and there. 


Berinai lagi sekali. Cuti kahwin lagi sekali. Cuma kali ini cuti tak panjang lah. Kalau dulu cuti kahwin sampai dua minggu. Kali ini apply cuti tiga hari. Itupun whatsapp boss nak tambah lagi sehari atas sebab nak kemas rumah. 


Kakak dan adik-adik

Perkara paling best di dunia! Haruslah part dapat jumpa dengan family. Dalam gambar eching je perlepasan antarabangsa. Tapi terbang ke Sarawak je pun. Eh, still obersea jugak kan. Hiks. 

Rasa macam dah lama betul tak menaip. Eh tapi baru beberapa hari. Skill menaip dah rasa macam berkarat dah. 

p/s : Er, minah ni ada ke skill menaip. Skill merepek hebat lah. Okay sambung merepek kemudian hari.

3 comments

12/03/2015 11:51:00 am

Salam, wahh bz lagi ek...aku pun sat ja lagi ni bz jugaklah gamaknya....1 month to go only...omg~

12/09/2015 01:03:00 am

Banyak jemputan kahwin musim cuti sekolah ni..

12/15/2015 04:08:00 pm

cantik inai di tangan tu. tak serabut sangat

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...